BELIKARI KER??

Bismilahirahmanirahim..

Tinggal 7 hari ja lagi nak masuk tahun baru. Sekejap ja dah masok tahun 2013. hurrmm bye2 2012. n pada masa yang sama tinggal 2 sem ja lagi aku nak grad. (^O^).. waa bestnya.. hoorey!! okay tajuk entri kali ni nak cakap pasal WANITA BERDIKARI or BELIKARI ?? kahkahkahkah.. yang mana anda lebih prefer??

Meh ni nak share anchaner seorang wanita itu lebih BERDIKARI :

  •  Setiap kali keluar, ibubapa tidak lagi menetapkan jam berapa kamu patut pulang
  •  Kamu mampu membayar hidangan di restoran mahal-utk diri sendiri mahupun teman-teman-secara tunai
  •  Menjelang hujung bulan, akaun bank kamu masih berbaki angka besar, selain tak perlu pun ikat perut menunggu gaji masuk
  •     Kamu tak ambil hati pun sekiranya teman lelaki @ suami @ rakan baik kamu sibuk ketika hujung minggu. Pada kamu lepak di taman atau bershopping sendirian juga aktiviti yg menyeronokan.
  • Kamu tidak panic walaupun tak boleh keluar rumah akibat kunci jeriji hilang, malah sambil tunggu tukang kunci tiba, kamu relaks sambil menonton DVD
  •  Setiap kali ada temujanji, kamu tidak lagi meminjam barang kepunyaan adik-beradik @ kawan2.
  •  setiap kali raya, wang poket adik2 dan anak buah meningkat 2 kali ganda
  •   bila demam, kamu tidak lagi merengek-rengek minta ibu suapkan makanan ke mulut, malah memandu sendiri membeli bubur ayam
  •  kamu sudah mula merancang membeli asset jangka panjang-seperti kereta @ rumah
  •  kamu boleh mengawal emosi apabaila dimarahi boss dan berjanji utk tidak mengulangi kesilapan
  • :kredit untuk COSMO 


Setengah lelaki menganggap wanita berdikari ni mempunyai tarikan pesona yang tersendiri.. *waa claasss u all* kihkihkih  ..lelaki tidak suka wanita terlalu bergantung kepada orang dan sentiasa mengharapkan orang lain. *bukankah laki suka perempuan manja ker, confius aku??*

Pada pendapat aku tak salah seorang wanita ingin berdikari.Mungkin dari pengalaman yang lepas telah mengajar dia untuk tidak mengharapkan orang lain. Masing2 punya kisah silam siapa yang tahu kan? Yang paling aku tak boleh blah bila ada orang cakap yang wanita BERDIKARI ni digeruni lelaki. Eh hello Jemah!! ni zaman milennium la, di mana perempuan lebih power dari lelaki.hahahahaha.. ok !! yang tu aku tahu ayat aku dah over. 0_O Bagi aku lelaki tu tak takut cuma dia lebih impressed tengok perempuan tu berdikari. Yang lagi satu, sapa cakap wanita BERDIKARI tu tak manja?? eh hello *aku ni tak abeh2 ngan hello* kenai pon tak tiba2 cakap tak manja.kunk terlebih manja dicop GEDIK pulak. hee dekati la dulu wanita tu. selam dunia dia dengan sedalam - dalamnya. Ni tak, tak sampai wapa jam dah surrender.. hee >< 

The moral of storynya BERDIKARI tu boleh cuma pandai sesuaikan dengan situasi tersebut. Tak payah la nak macho sangat yang perempuan tu. Kaum Hawa kena terima hakikat yang Hawa memerlukan Adam untuk menjalani hari2 yang mendatang. *aternya macam mana nak tambah populasi rakyat Malaysia??kahkahkahkahkahkah* 


Berdikari lah demi kepentingan peribadi kerana hidup kita ni bukan boleh dijangka. Si Adam pula bila dah dapat Hawa yang tahu berdikari, janganlah terus mengada-gada dan lepas tangan. Masing-masing kena tahu tanggungjawab. Tujuannya supaya kehidupan dipermudahkan dan selamat dunia dan akhirat. Sekeras - keras Hawa hanya Adam yang bisa melembutkan.. perghhh ayat!! kihkihkihkih

Dah setel dah membongak.. kihkihkih.. Nanti kalau ada umor panjang n murah rezeki kita jumpa lagi yer.  Sedih tak dapat balik beraya ngan mentua.Tiket flight hilang ;'( ap2 mummy Merry Christmas. kihkihkihkihkih.. *hee kalau berangan no 1..*


assalamualaikum w.b.t
peace yeaw (~O_O~)





       

No comments:

Post a Comment