UNIKNYA WANITA

Salam semua..

Uniknya seorang wanita.. Itulah tajuk entri aku kali ni. Ibu, mak, mama, mummy, umi, aunty, mak cik, kakak, adik, dan tidak kisah lah dengan apa jua panggilan, ia tetap seorang WANITA…  Bagi aku wanita ini unik, antara ciptaan Allah yang hebat… Mempunyai hati yang lembut, keibuan, mudah memaafkan.. 

Disebabkan sentuhan wanita, seluruh dunia boleh berubah.. Ya kerana wanita yang tabah mampu melahirkan mengandung dan melahirkan.. Kerana wanita juga tulang belakang kepada seorang insan yang bernama lelaki… Kerana wanita penguat semangat.. Kerana wanita segala – segala-galanya… Menjadi yang terbaik, sedaya upaya melindungi insan agar tidak disakiti, dilukai.. Hebatnya wanita itu….

Tetap bangun walaupun sering tersungkur jatuh hanya untuk insan yang disayangi.. Sering dikhianati,  ditikam belakang, hilang kepercayaan oleh insan yang dianggap peneman hidup. Dalam erti kata lain, kawan baik, suami, adik-beradik sendiri mahupun anak-anak…

Pendekatan yang boleh diambil contohnya drama Dahlia, Teduhan Kasih, You’re Still The One, Julia dan sebagainya… memang ia hanya sebuah lakonan, tapi aku percaya wujudnya situasi yang di mana wanita dianaya…

Betapa payahnya untuk menelan segala perit getir kehidupan namun digagahinya juga kerana masih lagi ada insan yang memerlukan perlindungan darinya.. Betapa tegarnya hati wanita itu….. Melihat tempat kita berteduh dirampas, ditindas, dicerca dan dihina, bibir masih lagi tersenyum sedangkan hati sudah menangis pilu… Hanya Allah sahaja yang tahu rasa sakitnya hati… Namun tetap tabah  mengutip kembali semangat yang hilang…

Mungkin disebabkan itulah wanita kuat membebel, mudah cemburu, mempunyai syak wasangka, naluri yang kuat terhadap sesuatu perkara, kalau nak menyiasat sesuatu pasal insan yang tercinta mengalahkan Detective Conan… Semuanya kerana ingin melindungi insan2 yang tersayang… Menambahkan lagi keunikan wanita, apabila syurga terletak di bawah telapak kaki seorang ibu…Moga kita semua menghargai wanita yang bergelar IBU di seluruh dunia dan diberkati oleh Allah sentiasa… -Amin Ya Rabal Alamin-  

& satu lagi aku tak menyesal dilahirkan sebagai WANITA malahan bersyukur di atas nikmat yang diberikan…. – alhamdulillah-  *tersenyum senang*



LimpahiNya Dengan Kesyukuran


Salam semua

Kesukaran yang dialami adalah satu ujian, bukannya musibah. Itulah tanda kasih sayang Allah kepada hambanya yang disayangi.. Tabahlah menghadapinya, telanlah ia walaupun sepahit mana pun.. Hadapi dengan penuh semangat dan bersyukur, bukannya dengan keluhan..

Oh manusia, itulah saja yang mampu dilakukan ketika diduga.. Rungutan, keluhan, mempersoalkan takdir dan tidak berani menghadapi kenyataan.. Sukar untuk berpijak di bumi yang nyata.. Masih lagi sombong dengan Sang Pencipta.. Masih lagi jauh dengan Pemilik Alam Semesta.. Masih degil untuk bersujud pada yang Satu..

Tidak adakah segelintir rasa bersyukur atas apa yang dimiliki? Tidak wujudkah keinsafan dalam diri?  Keegoan yang menguasai diri, ketamakan mengongkong nurani, duniawi yang dikejari, akhirat ditinggalkan..
Apa lagi yang ada untuk dijadikan bekalan.. Apa yang ada hanyalah menjarakkan diri daripada Allah s.w.t.. Sudah cukuplah wahai hamba Allah dengan apa yang dilakukan…

Berhentilah melangkah dan lihat sama ada jalan yang dipilih diredhai oleh-Nya.. Andai jalan yang dipilih hitam, maka berundurlah dari jalan hitam dan teruslah melangkah mencari jalan yang yang disinari oleh-Nya…. Moga kita semua diberkati dan dirahmati selalu. –Amin ya rabalalamin-  

-ternyata-


Salam semua

Aku bukanlah seorang yang penyayang dan seorang yang baik hati. Apa yang aku lakukan cumalah tugas seorang hamba Allah. Sikap yang semua orang ada. Disalah anggap dan disalah ertikan. Hairan manusia ni.. benarlah apa yang didakwa rambut sama hitam, tapi hati lain2. Tapi apabila difikirkan kembali bukankah itu juga sebahagian sifat insan yang bergelar manusia. Percayalah apa yang dilakukan seikhlas yang mungkin. Tidak mengharapkan apa2 balasan. Hanya kerna lilahitaa’la…. Menjadi yang terbaik dan melakukan sedaya upaya sementara masih bernafas, masih berkata-kata, masih mendengar dan masih melihat… lupakan sejarah silam, pandang ke hadapan... ya, pedulikan segala anasir yang buruk, lakukan ajakan paradigma untuk yang tersayang…. Bersama – MU, aku mengharapkan keberkatan dan kerahmatan… aminnnn

MERDEKA!!!

assalamualaikum semua..

hari ni tamatlah aku sebagai seorang pelajar semester 5. tinggal satu semestar ja lagi... final exam dah abes aku jawab tapi tiada satu pon aku buat yang terbaik. entahlah sem ni memang k.o gilar.. entah la macam mana result dya... redha je la ..

tapi apa pon aku hapyyy sebab dah abeh exam.. yeayyyyy... merdeka 7x!!!! *mengalahkan Malaysia merdeka*


 haa macam ni la aku lepas abeh exam tapi cover sikit la kunk ada pulak yang reject... heeee hyper aktif sangat..

 yang ni la apa yang terjadi kat aku. apa yg aku belajar pon aku tak taw. aku study semata mata nak lulus dalam exam.. yang tu ja.. *maybe aku kena betulkan niat aku dulu yg pasni aku study untuk segalanya*

 yang ni la ayat yang paling sesuai kat aku,, PEMALAS kedak ah bahasa aku sendiri...  ni wat macam mana pon tak taw... insaf sat ja pastu jadi balik... heee


whatever it is aku tetap bersyukur sebab Allah permudahkan segalanya sepanjang aku menjalani exam.. Alhamdulilah,,,,, *-*

p/s: kepada semua kawan2 yang balik kg home sweet home tu, balik hati2 yer.. take care yer.. moga kita jumpa lagi sem depan.. LOL.. muaaaahhhhhh!!!


adioooooossssssss

AKU MEMANG POYO

assalamualaikum semua..

alhamdulilah masih lagi bernafas.. ^.^ hari ni aku memang poyo gilar,korang tahu kenapa?? hee kalau diceritakan mesti kutuk aku.. tapi ada aku kisah?? kuakuakua.. al kisah dia macam ni, aku sakit bahagian perut, dah 2 minggu rasa macam ni tapi sampai la hari ni aku dah surrender yang aku tak mampu nak tahan sakit dya.. so aku pon buat la research tentang simptom2 yang aku hadapi ni contohnya mual, muntah, sakit abdomen n seangkatan dengannya lah.. *sanggup tak p check kat doktor, kononnya teror la.. hehe* punya la rujuk dekat internet, dya cakap tu simptom KANSER PERUT.. nek butang biji mata aku baca tu.*sapa tak terkejut KANSER okay, bukan LENSER* sakit ni memang dah tak tertahan dah, punya la takut, aku cuba wat selamba badak tapi tetap tak boleh. nak tak nak aku diheret pi klinik. berdebar jantung ni bak hang... korang nak tahu doktor cakap apa??



haa macam ni "cik Syuhada jangan risau. cuma urat tulang rusuk terseliuh. nanti saya bagi ubat, makan insyaallah sembuh".. berdekah akak aku gelak bila dengar doktor cakap macam tu. tak pernah dibuat orang.. heeee aku memang poyo laaaa hari ni.. heheehehehe ~.^

moral of storynya :

  1. jangan memandai buat kesimpulan
  2. rujuk kepada yang pakar
  3. yang ni la akibat malu bertanya sesat jalan
  4.  yang ni paling penting,, JANGAN POYO....

HAHAHAHAHAHAHAHA...

Sebelum tu ada pantun :

buah mangga buah pelam
selamat malam.....
 hehehe