UNIKNYA WANITA

Salam semua..

Uniknya seorang wanita.. Itulah tajuk entri aku kali ni. Ibu, mak, mama, mummy, umi, aunty, mak cik, kakak, adik, dan tidak kisah lah dengan apa jua panggilan, ia tetap seorang WANITA…  Bagi aku wanita ini unik, antara ciptaan Allah yang hebat… Mempunyai hati yang lembut, keibuan, mudah memaafkan.. 

Disebabkan sentuhan wanita, seluruh dunia boleh berubah.. Ya kerana wanita yang tabah mampu melahirkan mengandung dan melahirkan.. Kerana wanita juga tulang belakang kepada seorang insan yang bernama lelaki… Kerana wanita penguat semangat.. Kerana wanita segala – segala-galanya… Menjadi yang terbaik, sedaya upaya melindungi insan agar tidak disakiti, dilukai.. Hebatnya wanita itu….

Tetap bangun walaupun sering tersungkur jatuh hanya untuk insan yang disayangi.. Sering dikhianati,  ditikam belakang, hilang kepercayaan oleh insan yang dianggap peneman hidup. Dalam erti kata lain, kawan baik, suami, adik-beradik sendiri mahupun anak-anak…

Pendekatan yang boleh diambil contohnya drama Dahlia, Teduhan Kasih, You’re Still The One, Julia dan sebagainya… memang ia hanya sebuah lakonan, tapi aku percaya wujudnya situasi yang di mana wanita dianaya…

Betapa payahnya untuk menelan segala perit getir kehidupan namun digagahinya juga kerana masih lagi ada insan yang memerlukan perlindungan darinya.. Betapa tegarnya hati wanita itu….. Melihat tempat kita berteduh dirampas, ditindas, dicerca dan dihina, bibir masih lagi tersenyum sedangkan hati sudah menangis pilu… Hanya Allah sahaja yang tahu rasa sakitnya hati… Namun tetap tabah  mengutip kembali semangat yang hilang…

Mungkin disebabkan itulah wanita kuat membebel, mudah cemburu, mempunyai syak wasangka, naluri yang kuat terhadap sesuatu perkara, kalau nak menyiasat sesuatu pasal insan yang tercinta mengalahkan Detective Conan… Semuanya kerana ingin melindungi insan2 yang tersayang… Menambahkan lagi keunikan wanita, apabila syurga terletak di bawah telapak kaki seorang ibu…Moga kita semua menghargai wanita yang bergelar IBU di seluruh dunia dan diberkati oleh Allah sentiasa… -Amin Ya Rabal Alamin-  

& satu lagi aku tak menyesal dilahirkan sebagai WANITA malahan bersyukur di atas nikmat yang diberikan…. – alhamdulillah-  *tersenyum senang*



1 comment: