Malam yg indah (^o^)

assalamualaikum..

hi2.. Lama kan tak bersua..Sebelum tu nak wish Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam. *x lewat lagi kan.. Enti kali nak kongsi pasal MALAM LAILATUL QADAR.. Even hampa semua dah biasa dengar tapi tangan ni still gatal nak taip jugak. Sekadar saling memperingati dan perkongsian. Sharing is caring, giving is loving.. haha *tetiba..

SEJARAH LAILATUL QADAR :-

  1.  Apabila sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israil yang beribadah selama 1,000 bulan, dengan beribadah pada malam hari dan berjihad pada siangnya, lalu Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan surah al-Qadar yang menyatakan malam al-Qadar baik daripada 1,000 bulan. Ia adalah rahmat dan kurniaan Allah Ta’ala kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w.
BILA LAILATUL QADAR

  1. Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar.Jika awal ramadhan jatuh pada hari

  • I) Ahad atau rabu -malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
  • II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
  • III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
  • IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
  • V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan


APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?
           1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ   
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), 
Suka memberi kemaafan (keampunan), 
maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”

          2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam                     bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.

          3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar                     pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya                    bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)

         4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

Last but not least, Allah merahsiakan tarikh istimewa ni sebab ingin hambaNya menunaikan ibadah dengan penuh tekun di malam2 terakhir Ramadhan. Moh la yer sama.. hehehe.. jom out lu yer, element2 tgah panggil tu bila la nk taking off depa.. #wishmeluck for final project#

p/s : Honestly I'm not perfect enough to ask anything from Allah.. But Allah had gave me reward that i've never been dream on.. Thanks #barakahRamadhan#